SUTRA M’BLICA REGENERATING HAIR SHAMPOO

RM40.00

Category: Tags: ,

Description

emblica_shampoo_

Apabila disebut buah melaka terbayang di fikiran penulis sejenis kuih onde-onde yang cukup popular di negara ini.

Anggapan penulis hakikatnya tersasar apabila buah melaka yang dimaksudkan adalah sejenis buah berwarna hijau untuk dijadikan produk kecantikan yang tumbuh di negeri Melaka saja.
Lebih membanggakan bekas penyelidik yang pernah bekerja di Melaka Biotech berjaya menghasilkan produk berkenaan yang diekstrak daripada buah Melaka. Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), Mohd Khairil Said berkata, syarikatnya memperkenalkan set penjagaan diri dan kosmeseutikal yang diberi nama M’blica.
Beliau berkata, M’blica adalah produk yang dihasil berasaskan ekstrak buah melaka.
“Pokok melaka ialah sejenis pokok yang bersaiz kecil, sederhana dan mencapai ketinggian antara lapan hingga 18 meter.
“Batangnya bengkok dan dahannya terbuka luas selain mempunyai bunga berwarna kuning hijau.
“Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk sedikit bulat dengan enam jalur tegak serta masak pada musim luruh dengan rasanya pahit dan masam,” katanya. 
Mohd Khairil berkata, buah melaka mempunyai kandungan asid askorbik yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan kumpulan fenolik yang banyak seperti asid elagik, sid gallic, quecertin, kaempherol, emblicanins, flavonoids, glycosides dan tannin.
“Semua bahan ini adalah sumber antioksidan yang kuat. Kajian dilakukan terhadap asid askorbik di dalam buah melaka menunjukan terdapat aktiviti antioksidan yang tinggi sekitar 45 hingga 70 peratus.
“Kajian juga menunjukkan ekstrak buah melaka mempunyai kesan antibakteria yang tinggi. Ditambah dengan kehadiran kandungan vitamin C dan kumpulan fenolik yang tinggi dan terkenal sebagai ajen antioksidan hebat.
“Ia mampu mengurangkan masalah kedutan kulit, mengurangkan proses pigmentasi dan membantu kulit untuk memelihara kelembapan secara semula jadi.
“Kajian invitro ke atas fibroblas kulit menunjukkan terdapat peningkatan terhadap bilangan sel dan penghasilan kolagen,” katanya.
Menurutnya, ekstrak buah melaka sememangnya bebas aktiviti pro-oksida sepenuhnya apabila ia dapat memanjangkan keupayaan untuk melindungi daripada kerosakan kulit disebabkan cahaya.
“Buah melaka juga amat bagus dalam merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah pertumbuhan uban.
“Kajian menunjukkan kandungan terbitan vitamin C dan kompaun polifenolik meningkatkan sel Dermal Papila (DP), iaitu sel mesenchymal khusus yang memainkan peranan penting dalam mengawal atur kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut.
“Sel DP bukan saja membekalkan nutrien, tapi turut menghasilkan banyak faktor pertumbuhan (growth factors) dan cytokines yang mempengaruhi pertambahan sel serta fungsi beberapa sel folikel (folliculars) yang dinamakan keratinosit (keratinosystes),” katanya.
Mohd Khairil berkata, berdasarkan penemuan yang memberangsangkan ini, TBESB mengambil langkah proaktif untuk menambah nilai kepada buah melaka dengan menghasilkan beberapa produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan ekstrak buah melaka.
“Produk Sutra M’blica ini dilancarkan di Milan, Itali pada 10 Jun lalu semperna Expo Milano 2015, baru-baru ini.
“Pelancaran ini disempurnakan mantan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Ewon Ebin dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation (Bioechcorp),” katanya.
Beliau berkata, antara produk M’blica yang dihasilkan dari buah melaka ialah syampu rambut, gel mandian, losyen badan dan serum rambut.
“TBESB beroperasi sejak lapan tahun lalu, sudah mendapat status Bionexus yang dianugerahkan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dan hingga kini menghasilkan 50 produk Sutra yang dikategori sebagai Aromaterapi, Fragrance dan Wellness.
“Bagi menghasilkan produk itu, kami menggunakan teknologi terkini iaitu Supercritical Fluid Extration (SFE) di dalam penyulingan minyak pati daripada tumbuhan dan ekstrak herba asli tanpa tambahan bahan pengawet serta kimia,” katanya.
– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68152

 

 

Tambah Nilai Buah Melaka1 Tambah Nilai Buah Melaka Tambah Nilai Buah Melaka2  Tambah Nilai Buah Melaka3

Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd telah berjaya merumuskan formula untuk mengekstrak Buah Melaka dan dijadikan sebagai produk penjagaan diri dan kosmetik yang diberi nama M’blica. SUTRA Mmblica Hand Body Lotion  SUTRA M'blica Shower Gel

 

Additional information

Weight 400 g