Set SK-II Trial Pack lebih JIMAT dan UNTUNG !

Set SK-II Trial Pack lebih JIMAT dan UNTUNG ?Betul ke?

sk-ii trial pack

10 sebab kenapa anda MESTI cuba menggunakan Set SK-II Facial Treatment Trial Pack.

  1. Set SK-II Facial Treatment Trial Pack tidak dijual di stokis/outlet SK-II yang terdapat di gedung-gedung membeli belah di Malaysia. Anda hanya layak mendapat Set Trial Pack tersebut setelah anda membeli Set SK-II saiz regular yang berharga minimum RM579 (Harga bagi SK-II Facial Treatment Essence 215ml (Miracle Water). 
  2. Jika anda baru pertama kali mahu mencuba Produk SK-II kenapa anda perlu berbelanja sehingga hampir RM600 untuk membeli sebotol SK-II Facial Treatment Essence 215ml (Essence sahaja tidak termasuk cleanser dan lotion), sedangkan anda boleh mendapatkan set percubaan berharga RM145 yang lengkap mempunyai SK-II Cleanser, Essence dan Lotion. Dengan membeli Set SK-II Trial Pack ini, anda boleh mencuba dahulu untuk kenalpasti samaada produk SK-II ini sesuai atau tidak dengan kulit anda. Sepanjang tempoh percubaan anda mestilah menggunakannya secara konsisten supaya anda dapat rasai perbezaan sebenar produk SK-II berbanding produk lain yang pernah anda guna.
  3. Set SK-II Trial Pack ini atau dikenali juga sebagai Set SK-II Sampel Size, mempunyai isipadu kurang dari 100ml sebotol. Oleh itu, ia mudah dibawa ketika anda mahu travel terutamanya ketika menaiki flight penerbangan antarabangsa di mana pihak kastam tidak membenarkan membawa sebarang bentuk cecair melebihi 100ml untuk naik bersama dalam Flight.
  4. Dengan menggunakan produk SK-II Trial Pack ini secara berterusan, anda dapat menikmati penjimatan berganda berbanding membeli Produk SK-II bersaiz Regular.
  5. Contoh penjimatan :
    • SK-II Cleanser 120g (Regular Size ) – Harga RM232
    • SK-II Cleanser 20g (Trial Pack) – RM35/pcs. Beli 6 pcs (6 x 20g =120g) harga yang perlu anda bayar adalah RM35 x 6 = RM210 sahaja.
    • (Anda telah jimat sebanyak RM22. Ini perkiraan tanpa diskaun ya, perlu ingat di Ladie’s Choice kerap kali kami mengadakan Tawaran Harga Hebat di mana Harga bagi SK-II Cleanser 20g ( 6 pcs) hanya pada harga dari RM150 – RM185 sahaja.
  6. Perbandingan Kos Penggunaan  Set SK-II Trial Pack dan Set SK-II Regular Size :

    Produk (Set)

    Tempoh Penggunaan(6 bulan) Tempoh Penggunaan(1 Tahun)

    PENJIMATAN

    Set Regular Size  (Cleanser 120g, Essence 215ml dan Lotion 150ml) Cleanser 120 g – RM232

    Essence 215ml – RM579

    Lotion 215ml – RM264

    Jumlah  – RM1,075

    RM1,075 x 2 = RM2,150 setahun. RM2,150 – RM1,740 = RM410 !!
    Set Trial Pack (Essence 30ml, Cleanser  20g & Lotion 30ml) RM 145 x 6 bulan = RM870 RM145 x 12 bulan = RM1,740

    *Contoh di atas berdasarkan penggunaan  1 set Trial Pack sebulan dan Set Regular Size dapat bertahan selama 6 bulan sebotol.

  7. Dengan penjimatan sebanyak RM410 setahun anda dapat membeli lagi 3 set SK-II Trial Pack. Kesimpulannya dengan membelanjakan kos penggunaan setahun untuk membeli Set SK-II Regular saiz, anda dapat membeli Set Trial Pack bagi penggunaan selama 15 Bulan!! 
  8. Contoh di atas adalah anggaran kos basik sahaja tidak mengambil kira pembelian sewaktu tempoh SALE / Jualan Murah yang kerap kami adakan setiap bulan. Untuk pembelian secara borong juga, anda layak menikmati penjimatan lebih lagi dengan menikmati diskaun sehingga 20%. Contohnya :
    1. Beli Essence 30ml x 6 botol = RM80 x 6 = RM480 (diskaun 20% = RM384)
    2. Beli Cleanser 20g x 6 botol = RM35 x 6 = RM210 (diskaun 20% = RM180)
    3. Beli Lotion 30ml x 6 botol = RM35 x 6 = RM210 (diskaun 20% = RM180)
    4. Jumlah Pembelian selepas diskaun= RM384 + RM180 + RM180 = RM744 Sahaja bagi tempoh penggunaan 6 bulan!sk-ii sampel size
  9. Selain itu, anggaran kos di atas juga tidak termasuk kerugian yang anda alami sekiranya terdapat Botol Essence Size Regular yang anda beli telah jatuh dan pecah serta tumpah, ataupun Cleanser size regular yang anda gunakan terlebih picit memandangkan lubangnya yang lebih besar dan lain-lain insiden yang tidak dapat dielakkan menyebabkan tempoh penggunaan sebotol produk SK-II Regular Size tersebut menjadi lebih pendek.
  10. Disebabkan Produk SK-II ini diakui bukanlah produk yang murah dan mampu dimiliki semua orang, namun dengan perkiraan anggaran kos yang saya buat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin mencuba produk SK-II membuat anggaran kasar untuk membuat bajet dan mengukur kemampuan masing-masing. Ini kerana, sekali mencuba produk SK-II saya yakin anda pasti akan terus menggunakannya dan berpuas hati dengan kesan ‘Miracle’ yang di alami nanti. Percayalah 🙂

7 wonders of Pitera

Leave a Reply