About Us

Assalammualakum dan selamat datang ke website Ladymarizaa.com..

Lady Marizaa selaku pemilik kedai online Ladie’s Choice mula menjinakkan diri dalam dunia blogging sejak Tahun 2008. Hanya bermula atas sekadar suka-suka dengan blog Cherish of My Life yang banyak berkongsi kisah kehidupan sebuah keluarga kecil Lady Marizaa. Namun atas rasa minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan secara online secara separuh masa dan ketika itu lahirlah blog perniagaan online yang diberi nama Ladie’s Choice yang mana ketika itu menggunakan domain percuma bersama blogspot.

Selain menggunakan platform blogspot sebagai kedai online, Ladie’s Choice juga mempunyai kedai online di Facebook (FB Page : Balingtownonlineshop/LadiesChoice/BrandedWalletandWatch), Instagram (Yaniebestt) dan juga bersama website Mudah.my.

Kini setelah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan online secara separuh masa, Lady Marizaa mula mengambil langkah lebih kehadapan dengan mewujudkan website Ladymarizaa.com untuk mengembangkan lagi perniagaan di alam maya ini dan masih lagi secara separuh masa. Pelbagai produk berjenama antarabangsa dan berkualiti tinggi terdiri daripada rangkaian produk penjagaan diri, pinggan mangkuk, beg tangan, aksesori dan pelbagai lagi produk akan diperkenalkan di sini.

Bagi Lady Marizaa, bidang yang mulanya hanya dilakukan bagi mengisi masa lapang kini telah menjadi sumber pendapatan sampingan yang sedikit sebanyak dapat membantu menguruskan kehidupan seharian. Lady Marizaa juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan peluang pada yang berminat bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan online. Anda boleh hubungi Lady Marizaa bila- bila masa untuk nasihat dan maklumat lanjut.

Oh yaa..Lady Marizaa adalah hasil gabungan nama sebuah keluarga terdiri daripada sepsang suami isteri dan 2 anak lelaki dan admin utama laman ini adalah merupakan ‘First Lady of Marizaa family‘. Dari situlah timbulnya nama lady Marizaa yang kini boleh diakses seluruh dunia.

Terima kasih atas dorongan semua pihak yang menyumbang kepada terhasilnya Ladymarizaa.com

 

Leave a Reply