Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Pada Wajah!

Penjagaan kulit

Kulit menjadi organ terbesar yang melindungi tubuh. Kulit akan terus -menerus melakukan regenerasi sel. Kulit juga bertanggungjawab untuk mempertahankan suhu tubuh dan menjadi organ yang mengesan udara dingin ataupun panas.

Bayangkan jika tubuh kita tidak mempunyai kulit. Pastinya kita tidak dapat menjalani rutin dengan baik dan menjadi tidak sihat.

Tips Menjaga Kesihatan Kulit :

Memandangkan kulit adalah yang paling besar pada tubuh jadi ia memerlukan penjagaan yang rapi. Satu yang menjadi kesilapan adalah ramai yang hanya menjaga kulit pada bahagian wajah manakala bahagian lain diabaikan. Penjagaan kulit perlu dilakukan secara menyeluruh.

1) Kurangkan makan Asam!

Kurangkan makan asam
Asam ataupun makanan yang masam akan menyebabkan kulit cepat menjadi kering.Jadi untuk menjaga kesihatan kulit elak terlalu kerap mengambil makanan ini.

2) Air Putih

Air putih

Tubuh memerlukan air. Air yang mencukupi akan memberikan kulit yang sentiasa lembap dan bebas daripada menjadi kering dan kusam.Bagi anda yang mementingkan kesihatan kulit tubuh tidak kira pada bahagian mana sekalipun mengambil air sebanyak lapan gelas sehari ia mampu menjadikan kulit cantik sihat dan halu.

3) Sinaran Ultraviolet (UV)

Sk-ii facial treatment uv protection
Kurangkan berada di tempat terdedah dengan cahaya matahari. Ini kerana sinaran UV dari matahari itu boleh menjadikan kulit tidak sihat tambahan pula jika tidak mengenakan apa-apa perlindungan pada kulit.

4) Sayuran dan buah-buahan.

Sayuran dan buah-buahan
Lebihkan makanan yang mengandungi lebih serat.Ini boleh menjadikan kulit lebih bermaya dan segar. Oren mampu meningkatkan kekebalan sistem tubuh. Buah ini juga mampu memberikan kesan positif pada kulit kerana ia kaya dengan vitamin C. Vitamin C merupakan bahan asas dalam banyak krim penjagaan kulit yang mahal. Ia merupakan antioksidan yang kuat atau zat yang mampu mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.

Leave a Reply