7 Khasiat Air Garam Untuk Kesihatan Kaki

7 Khasiat Air Garam Untuk Kesihatan Kaki.

rendam kaki

Merendam kaki dalam air panas suam yang dicampur garam dapat memberi kesan rileks dan dapat membersihkan kuman yang bersarang di tapak kaki. Merendam  kaki termasuk refleksi pada kaki dapat membuat kaki menjadi lebih ringan. Manfaat refleksi kaki  juga dipercayai  dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas kaki. Dengan campuran garam seperti garam aromaterapi dapat memberikan kesan yang lebih lagi kerana khasiat dari garam aromaterapi itu sendiri. Berikut adalah 7 kebaikan  merendam kaki dengan air  garam.

  1. Untuk Menghilangkan Bau Kaki

Saat kita membuka kasut, ada bau yang tidak sedap meruap ke udara. Ternyata bau tersebut berasal dari kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu, apalagi ketika berada di tempat umum. Orang yang berdekatan kita juga turut terganggu juga dengan bau itu. Jika mengalami masalah ini, boleh mencuba merendam kaki dengan air garam .

Air garam dapat melunturkan bakteria yang ada di kaki. Untuk menghilangkan bau pada kaki rendamkan kaki dalam air garam yang bercampur minyak pati seperti Foot & Bath Salt Sutra. Antara minyak pati yang digunakan seperti Lavender, Lemon, Serai, Kayu Putih dan pelbagai lagi yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan bauan yang amat menyenangkan.

  1. Mengatasi Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar

Merendam kaki dalam air suam campur garam dapat menyingkirkan kulit mati. Sehingga memberi kesan pada kulit kaki yang lebih segar. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasi dengan terapi ini. Akan tetapi sebagai tambahan gunakan juga minyak zaitun. Manfaat minyak zaitun yang terkandung didalamnya dapat menghaluskan kulit sehingga kulit terhindar dari pecah-pecah dan kulit kasar.

      3.Mengatasi Flu, Meriang, dan Batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan merendam kaki dalam air suam campur garam. Peluh yang dihasilkan semasa proses perendaman membuat tubuh menjadi  lebih segar dan sakit berkurang.

4. Melegakan Sakit Tekak

Selain flu, rendam kaki dengan air panas suam  bercampur garam juga bermanfaat sebagai pelega kepada masalah sakit tekak.

5. Untuk Relaksasi

Ini yang sudah pasti. Baik berendam di air suam atau air suam bercampur garam aromaterapi memiliki efek serupa. Untuk hal serupa,wangian minyak pati aromaterapi yang dititiskan dalam garam  dapat membuat tubuh menjadi lebih santai,  baik untuk kesehatan dan juga kecantikan lebih terpancar.

6. Peredaran Darah Jadi Lancar

Air suam yang dicampur dengan garam juga bermanfaat untuk melancarkan aliran darah. Bukan sahaja hanya air suam bercampur garam, tetapi juga air suam biasa.

7. Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang bersarang di kaki

Segala jenis kuman dan bakteria penyebab kaki berbau dan kasar dapat diatasi dengan merendam kaki menggunakan air suam bercampur garam aromaterapi.

Bagaimana Sediakan Rendaman Kaki dan Badan?

Untuk Penggunaan rendaman badan, gunakan air suam dan di samping itu tambahkan 2 sudu garam mandian pilihan anda. Kemudian rendam lebih kurang 20 minit dan bilas.

Untuk mereka yang nak gunakan untuk rendaman kaki, tambah satu sudu garam mandian pilihan anda bagi setiap 4-5L air suam dan kacau perlahan-lahan sampai garam tu larut. Selepas tu rendam kaki anda lebih kurang dalam 10 minit dan bilas. Rendam kaki anda sekurang-kurangnya sepuluh minit – atau lebih lama untuk melembutkan kulit keras dan retak.

 

Tips Memandu Jarak Jauh

“Selepas solat Isyak tadi saya dan suami spray Aura 7 di ubun-ubun kepala dan sapukan juga di seluruh wajah, sambil berselawat. Massage Oil Captivating pula saya sapukan ke seluruh kaki dan leher serta kepala. Terasa segar dan bertenaga untuk memandu dari kampung halaman kembali ke kota Singapura. Maklumlah di sebelah pagi berulang-alik dari BP – Melaka – JB – BP.

Esok ada tugasan lain menanti jadi kami sekeluarga perlu pulang malam ini juga. Faktor lain mungkin kami berdua sudah biasa dengan pemanduan jarak jauh ketika di Texas US dulu. Jika di sana untuk melepasi sempadan Texas kebiasaanya mengambil masa 6 jam. Jika keluar Subuh, Maghrib baru sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi itu cerita lama yang tinggal kenangan indah. Malam ini saya kongsikan tips untuk mereka yang selalu travel. Sentiasa simpan Aura 7 Spray dan Massage Oil Captivating ini bersama.”

**Catatan di atas adalah Perkongsian Testimoni dari FB Puan Norazlina Ramdzan.

 

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

MASALAH RAMBUT GUGUR??

Adalah diketahui fakta mengatakan lelaki akan mula mengalami keguguran rambut (alopecia) pada umur 35 tahun. Ianya akan mencecah 65% ketika berumur 60 tahun. Begitu juga dengan wanita yang mengalami masalah yang sama: 50-70% menghadapi masalah keguguran rambut pada umur 65 tahun. Masalah keguguran rambut ini boleh menyebabkan imej, emosi dan keyakinan sesorang terjejas.

Kulit kepala mempunyai purata 110,000 folikel rambut yang sentiasa tumbuh dan gugur seiap hari. Apabila keseimbangan antara pertumbuhan dan keguguran rambut berubah, maka rambut akan mula gugur dan kemungkinan “botak” akan muncul.
Kita perlu memastikan kitaran rambut kita sentiasa lengkap, atau jika bermasaalah, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk mengembalikan fasa ANAGEN (Fasa perumbuhan rambut).

Anagen? Apa itu Anagen? Kita perlukan fasa anagen ini dan berharap ianya akan sentiasa kekal dalam system kitaran rambut.
Kitaran rambut mempunyai 3 fasa (rujuk gambar):

1) FASA ANAGEN ketika rambut tumbuh ( 3 tahun)
2) FASA CATAGEN atau dikenali sebagai fasa pertukaran ( 3 minggu)
3) FASA TELOGEN iaitu fasa rambut akan mati dan gugur (( 3 bulan)

RAMBUT GUGUR DAN SEL STEM (STEM CELLS)

Apabila mengalami masalah keguguran rambut, bermakna telah berlaku fasa TELOGEN yang panjang dalam system kitaran rambut anda yang menyebabkan pertukaran ke Fasa ANAGEN akan lambar dan sukar. Rambut akan menjadi bertambah nipis dan peratusan rambut yang memasuki Fasa TELOGEN akan berterusan dan meningkat.

Masalah ini berpunca daripada sel stem folikel rambut (ORSc)yang terletak di dalam benjolan (bulge) di sepanjang rambut kurang produktif dan kurang berkesan dalam meningkatkan kualiti matriks yang menyokong pertumbuhan rambut (diperbuat daripada keratinocytes). Tambahan pula, fibroblast yang terletak di Derma Papilla (HFDPc) juga kurang berkesan dalam komunikasi dengan stem cells, bermakna matriks tidak akan diganti atau diperbaharui seperti yang sepatutnya sekaligus permulaan fasa ANAGEN akan menjadi lembab dan rambut yang sentiasa gugur akan menjadi sebahagian dari kehidupan anda.

SUTRA MBILICA HAIR SERUM & HAIR SERUM

Jadi, bagaimana SUTRA Mbilica Hair Shampoo dan Hair Serum mampu membantu anda untuk mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut?

Seperti yang diketahui, SUTRA Mbilica ini diperkayakan dengan Extract Melaka Berry (Buah Melaka) (Phyllanthus emblica). Untuk nota, Ektrak Melaka Berry ini sangat tinggi dengan Vitamin C dan Polifenolik (polyphenolic) yang akan membantu mengembalikan proses Alopecia kepada keadaan normal dengan:

1) Mengaktifkan semula aktiviti sel stem (stem cells) dan penggandaan (pertumbuhan). Akar luar yang membaluti sel stem (stem cells) akan diaktifkan semula sekaligus mencetuskan kitaran baharu rambut.

2) Meningkatkan metabolism fibroblast dermal papilla. Folikel rambut akan disuburkan menyebabkan sel stem (stem cells) akan lebih cepat bertukar ke fasa Anagen.

Sedikit Teknikal.. tapi faham ke faham??

Best kan SUTRA MBilica…jadi apa tunggu lagi.. yang ada masalah keguguran rambut tu.. jom guna SUTRA Mbilica hari ini.

 

Yanie

Stokis Sutra Ipoh

019-4188939

Testimoni Gout Away Therapeutic Massage Oil

gout away

Dulu ada. Sekarang takde!!
.
.
.
.
Tahun lepas saya ada gout.
Tahap perkenalan. Memang seksa rupanya bila gout menyerang.
.
.
.
Sapa yang ada gout tau la macam mana. Kalau yang dah teruk lebih kesian.
.
.
.
Sebenarnya pada permulaan kena saya tak percaya bila suami kata gout. Bagai tak mau la urut kaki, segala joining sebab seksa nau. Makin urut makin sakit.
.
.
.
.
Sampai masa saya ambik stok SUTRA GOUT AWAY, memang lain macam dia punya meroyan. Bukak kotak masa tu jugak, capai satu, sapu. Dah sapu terus balik. Tak lama rasa, “ehhh, tak sakit pulak, lega.” Lega tau. Diamm je, sebab tau suami mesti senyum kat kita punya.
.
.
.
Alhamdulillah, lepas tu saya sapu hari-hari. Sampai saya perasan, lupa sapu lepas beberapa ketika tak kena serangan dah. Alhamdulillah. Lega. Alhamdulillah boleh makan ketam lagi 😁

**sharing dari FB : Puan Watie Marzuki

Sutra Dapat Mengimbangi Fizikal, Minda Dan Emosi Dalam Kehidupan

SUTRA adalah JENAMA NO.1 di Malaysia yang sentiasa MENGIMBANGI Fizikal, Minda dan Emosi dalam menjalani kehidupan seharian anda.
***************************************************************

sutra
Apa itu SUTRA secara bahasa yang mudah difahami. Kalau tengok product SUTRA, Logo SUTRA semua cerita pasal bau. Kenapa bau? Apa hebatnya bau Produk SUTRA ni.

Sebab SUTRA guna minyak pati tulen, minyak yang diekstrak dari tumbuhan seperti herba dan bunga. Harumnya bunga tu…suka tak? Mesti la suka….

Dalam diri kita, perasan atau tak, ada 3 perkara penting yang perlu diseimbangkan iaitu minda, emosi dan fizikal. Agak-agak kalau kepala pening, emosi terganggu tak? Agak-agak apa respond fizikal kita. Sure rasa malas nak gerak, nak releks, baring2 kan. Itu baru pening.. belum lagi demam, belum lagi emosi terganggu sebab hutang. Bukan kata bila bau SUTRA boleh selesai hutang. Tapi ia membantu dalam menenangkan perasaan, maka minda senang buat kerja, boleh fikir cara waras nak selesaikan hutang dengan bijak.

So, makna di sini, kita mesti seimbangkan minda, emosi dan fizikal, baru la sempurna hidup seharian. Saya selalu cakap dekat customer, bila sakit, saya hantar bau je. Sebab apa? Bau yang ada dalam SUTRA terdiri dari minyak pati yang mempunyai beratus komponen fitokimia (fito =TUMBUHAN) . Komponen fitokimia ini mempunyai pelbagai fungsi perubatan yang telah terbukti berkesan dalam penyelidikan oleh samada Tropical Bioessence sendiri atau penyelidikan luar negara. Komponen ini yang akan berkerja, berinteraksi dengan sistem badan kita, mencari punca disebalik masalah sakit kita tadi dan merawat. Bau akan ditafsir oleh hipotalamus yang berfungsi merembes enzim atau hormon yang kurang ketika kita sakit. Sama seperti apabila kita bau kemenyan atau bunga yang harum di tengah malam. Meremang bulu roma, panik sebab hormon arenalin keluar. Tindakannya..lari sekuat hati..huhu.

Sama juga dengan bau makanan. Bau tu datang dari minyak pati yang keluar dari rempah ratus ketika kita masak. Respondnya… kita lapar.

Sama juga dalam penyakit ni, cuma kita tidak perasan yang kita sudah sembuh, seperti masalah selesema. Tahu tahu sahaja tidak ada lagi mucus yang keluar.

Itu sahaja buat masa ini…

Selamat BerSUTRA.

Shampoo Sutra Cassia Mengatasi Masalah Kelemumur

PENGENALAN PRODUK BARU SUTRA

*****************************************

SUTRA dengan bangganya ingin memperkenalkan produk terbarunya, Shampoo Sutra Cassia.

Cassia

Menggunakan ekstrak Daun Gelenggang (Cassia alata) sebagai bahan utamanya.

Rasa kulit kepala gatal tahap merenyam-renyam??? sampai tahap garu kulit kepala sampai luka.. Ini disebabkan jangkitan yis malassezia. Cara hidup serta persekitaran seperti perubahan hormon, tekanan, tidak mencuci rambut dengan kerap, cuaca panas merupakan penyumbang kepada kelemumur serta rambut gugur.
Kini, SUTRA memperkenalkan Shampoo Sutra Cassia khas dari herba Daun Gelenggang untuk merawat kelemumur anda!

Shampoo Sutra Cassia yang berasaskan extract DAUN GELENGGANG dan MINYAK PATI yang dihasilkan untuk membantu anda yang mengalami masalah:

1. Masalah kelemumur
2. Masalah kegatalan kulit kepala
3. Masalah kelumumur kronik hingga berkuping
4. Wanita berhijab yang berkerja

Jom tengok komen pengguna yang telah menggunakan Shampoo Sutra Cassia ini :

testimoni cassia 2 testimoni cassia 3 testimoni cassia

 

Dapatkan Shampoo Cassia hari ini. Sesuai untuk kegunaa seisi keluarga.