Masalah Kelemumur dan Kegatalan Kulit Kepala

Mbilica shampoo

Ramai dari kita mengalami masalah kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala. Sesetengah dari kita menjangkakan mereka hanya mengalami masalah kelemumur yang serius, tanpa mereka sedari kulit kepala yang berkuping atau berkerak sebenarnya telah dijangkiti bakteria.

Antara tanda-tandanya mereka mengalami kegatalan kulit kepala yang teruk (menggaru sehingga luka), setiap hari mencuci rambut tetapi masih ada “kelemumur” yang sebenarnya kulit kepala kita telah dijangkiti bakteria.

Bagi yang mengalami masalah ini, ingin saya kongsikan mengapa masalah rambut dan kulit kepala anda masih tidak pulih. Sebaiknya kita merawat dulu jangkitan bakteria tersebut dari menjadi lebih teruk. Kemudian kita rawat rambut dari menjadi rapuh akibat kesan kelemumur pada kulit kepala.

1. Cuci rambut menggunakan sabun SUTRA Cajeputi Handmade Soap. Jika rambut anda agak tebal, pastikan anda mengurut kulit kepala lebih lama. Kemudian bilas.
Antara sifat cajeput adalah membantu merawat jangkitan bakteria.

2. Shampoo rambut anda menggunakan SUTRA Mblica Regenerating Hair Shampoo.
Ia membantu merawat akar rambut anda supaya lebih sihat dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang lebih sihat dan kuat.

3. Keringkan rambut anda dengan sempurna dan benar-benar kering untuk mengelak bakteria kembali aktif. Jika anda bekerja dan bertudung sebaiknya lakukan sewaktu mandi petang untuk mengelakkan rambut anda terkepam.

*** Jika masalah kulit kepala anda sangat serius sehingga berkerak tebal, campurkan 10 titis Cajeput Essential Oil kedalam 2 liter air suam. Kacau dengan cepat kemudian gunakan untuk menyiram rambut dan kulit kepala perlahan-lahan sambil menyapu kulit kepala dengan sempurna. Keringkan dengan sempurna dan benar-benar kering menggunakan pengering rambut atau duduk menghadap kipas sambil mengeringkan rambut.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. InsyaAllah berkesan kerana Alhamdulillah, kulit kepala saya telah sihat dan rambut saya lebih kuat.

Pstt, SUTRA Mblica Regenerating Hair Serum amat membantu jika anda mengalami keguguran rambut. 😘😘😘