Cara Penggunaan Produk SK-II Basic Set

Hari ni saya akan kongsikan cara penggunaan produk SK-II Basic Set. Ramai pelanggan yang pertama kali ingin mencuba produk SK-II ingin tahu cara penggunaan yang betul produk SK-II ini. Jadi bagi menjawab semua pertanyaan sila baca post saya ini sehingga habis yer.

Ok, Produk SK-II sebenarnya terbahagi kepada 3 kategori, iaitu : Pitera Essentials (basic set) , Cellumination (whitening) dan Antiaging ( antipenuaan). Dalam setiap kategori tersebut terdapat pelbagai jenis produk penjagaan wajah terdiri daripada pencuci muka(cleanser), lotion, beauty essence, moisturizer, uv protection dan lain-lain.

Bagi pelanggan yang kali pertama ingin menggunakan produk SK-II adalah digalakkan mencuba produk SK-II Facial Treatment. Ini kerana, produk SK-II facial treatment adalah produk penjagaan wajah paling asas dan sesuai dengan semua jenis kulit termasuk untuk remaja sehingga pertengahan usia.

Set basic yang wajib pelanggan cuba adalah : Cleanser, Clear Lotion dan miracle water iaitu Essence. Cara penggunaan adalah bermula dengan pemakaian cleanser/ pencuci muka, seterusnya diikuti dengan Clear Lotion dan seterusnya Essence.

Sk ii basic trial pack

1) SK-II Cleanser
SK-II cleanser mengadungi Pitera dan menghasilkan buih putih yang mempunyai haruman bunga rose dan berkesan membersihkan kekotoran pada wajah sehingga ke dalam liang pori-pori dan seterusnya menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan licin.

Cara penggunaannya: ambil sedikit cleanser lebih kurang size 1cm di atas tapak tangan, campur dengan air bersih menghasilkan buih putih dan dengan lembut cuci seluruh wajah dan leher, basuh dan keringkan. Gunakan waktu pagi dan malam sebelum menggunakan toner(lotion)

2) SK-II Clear Lotion (Toner)
SK-II Clear Lotion ini mengandungi campuran AHA dan Pitera, sangat efektif untuk menyingkirkan sel kulit yang telah mati dan kekotoran pada wajah. Formula yang terdapat dalam lotion menghasilkan kulit yang lebih bersih seterusnya dapat menyerap zat-zat daripa produk penjagaan wajah seterusnya.

Cara penggunaan : Tekapkan sedikit lotion pada kapas muka dan sapu dikawasan T-zone pada wajah dan tumpukan di kawasan yang lebih berminyak. Teruskan menyapu ke seluruh wajah dan termasuk di kawasan leher dengan menyapu dari bawah ke atas. Elakkan kawasan mata. Gunakan pagi dan malam selepas mencuci muka.

3) SK-II Essence
SK-II Essence adalah produk signature yang dicintai ramai dan mendapat anugerah besteller. Sk-II Essence ini mengadungi 90% kandungan Pitera yang merupakan kandungan bahan ajaib (miracle) yang ditemui lebih 30 tahun dahulu dan sehingga kini masih kekal berkesan dan tidak berubah. Formula kandungannya yang tidak dapat ditandingi lagi, dengan perlahan mengelupaskan wajah dan membantu permukaan kulit menjalani penggantian secara sederhana.

Dalam tempoh 14 hari, 5 dimensi kulit anda akan mengalami transformasi : spots(parut) akan semakin berkurangan, kesan kedutan pada wajah semakin berkurang, tekstur kulit menjadi lebih halus, keanjalan kulit lebih bertambah dan menambahkan seri pada wajah. Kulit menjadi lebih jernih dan bersinar seperti kristal.

Cara penggunaan : Gunakan kapas muka dan ambil essence sebesar size duit 50 sen dan sapu pada seluruh wajah selama 1 minit. pusingkan kapas muka dan takapkan pada wajah dan leher beberapa minit lagi. Gunakan pagi dan malam selepas mencuci muka dan pemakaian lotion.

7 wonders of Pitera

Leave a Reply