Cara Kenalpasti Produk SK-II Original

 

Cara Kenalpasti Produk SK-II Original.

Setiap hari saya mendapat pertanyaan tentang status ‘Originality’ produk SK-II yang saya jual. Ok, dalam post kali ini saya kongsikan sedikit Tips untuk kenalpasti sama ada produk SK-II yang anda beli itu Original atau tak.

Tips/ Cara Kenalpasti Produk SK-II Original.

1)  Semua Produk SK-II dibuat di Negara Jepun. Jepun adalah satu-satunya Negara yang mengeluarkan Produk SK-II . Semua Produk SK-II original  terdapat tulisan “Made In Japan” pada kotak, botol atau bungkusannya.
sk-ii essence label bottle

sk-ii cleanser serial number

2) SK-II adalah salah satu produk kosmetik yang paling mahal di Jepun. Oleh itu, anda harus berhati-haii apabila membeli produk SK-II yang sangat – sangat murah harganya. Semua SK-II produk yang dijual di Ladies Choice mempunyai harga yang tidak jauh beza dari harga pasaran, dan tawaran harga jimat/murah hanya pada tempoh-tempoh Sale tertentu sahaja.

3) Sila perhati pada no siri yang dicetak pada setiap botol produk SK-II. Setiap produk SK-II mesti mempunyai 10 digit nombor siri.

Contoh : Merujuk gambar dibawah (bagi SK-II Essence 75ml) No sirinya adalah 5007211801.

sk-ii essence regular size serial number

Gambar dibawah pula adalah nombor siri bagi SK-II Essence 30ml (sample size) no siri = 4265211801
sk-ii essence sample serial number

No siri ini sebenarnya mempunyai maklumat seperti berikut :

(a) Digit pertama adalah menunjukkan Tahun produk tersebut dikilangkan.
Gambar 1 : Digit 5 dalam nombor siri 5007211801 menunjukkan produk tersebut dikilangkan pada Tahun 2015
Gambar 2 : Digit 4 dalam nombor siri 4265211801 menunjukkan produk tersebut dikilangkan pada Tahun 2014.

Bagi produk kosmetik, tempok jangka hayat setiap produk adalah 2-3 Tahun. Walaupun tidak tercatat tarikh luput produk pada botol/label, anda boleh tahu jangka hayat produk tersebut berdasarkan Tahun produk tersebut dikilangkan. Untuk Tahun semasa (2015) pastikan anda tidak membeli produk SK-II yang dikilangkan pada Tahun 2012 dan sebelumnya.

Jika produk menunjukkan no 6 pada digit pertama nombor siri, produk tersebut adalah palsu kerana Tahun 2016 belum pun tiba lagi.

(b) 3 digit seterusnya adalah menunjukkan hari produk tersebut dikilangkan pada Tahun tersebut :
Contoh : 5 [007] 211801 = [007] menunjukkan hari ke tujuh dalam Tahun 2015. (7 Januari 2015)
4 [265] 211801 = [265] menunjukkan hari ke 265 dalam Tahun 2014 . (bulan September 2014?)

(c)  4 digit seterusnya adalah kod bagi Pengilang Berlesen bagi produk SK-II.
Contoh : 5007 [2118] 01 = 2118 adalah kod Pengilang
no kod Pengilang Berlesen yang lain biasanya = 5048 & 4424

2118 – The code for Shiga Plant (The Shiga plant produces 50 or more types of SK-II products since 30 years ago)   

(d)  2 Digit akhir adalah menunjukkan nombor kelompok atau Batch Number :
Contoh : 50072118 [01]

4) Untuk lebih menambahkan keyakinan anda, anda boleh menyemak nombor siri produk SK-II yang anda beli di mana- mana kaunter SK-II yang terdapat di seluruh Malaysia. Contoh : Parkson, SOGO, AEON, METROJAYA, dan lain-lain.
Jadi, harap anda semua berpuas hati dengan penerangan di atas dan dapat dijadikan panduan untuk anda memastikan produk SK-II yang anda beli adalah 100% Original dan pastinya berkualiti.