7 Khasiat Air Garam Untuk Kesihatan Kaki

7 Khasiat Air Garam Untuk Kesihatan Kaki.

rendam kaki

Merendam kaki dalam air panas suam yang dicampur garam dapat memberi kesan rileks dan dapat membersihkan kuman yang bersarang di tapak kaki. Merendam  kaki termasuk refleksi pada kaki dapat membuat kaki menjadi lebih ringan. Manfaat refleksi kaki  juga dipercayai  dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas kaki. Dengan campuran garam seperti garam aromaterapi dapat memberikan kesan yang lebih lagi kerana khasiat dari garam aromaterapi itu sendiri. Berikut adalah 7 kebaikan  merendam kaki dengan air  garam.

  1. Untuk Menghilangkan Bau Kaki

Saat kita membuka kasut, ada bau yang tidak sedap meruap ke udara. Ternyata bau tersebut berasal dari kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu, apalagi ketika berada di tempat umum. Orang yang berdekatan kita juga turut terganggu juga dengan bau itu. Jika mengalami masalah ini, boleh mencuba merendam kaki dengan air garam .

Air garam dapat melunturkan bakteria yang ada di kaki. Untuk menghilangkan bau pada kaki rendamkan kaki dalam air garam yang bercampur minyak pati seperti Foot & Bath Salt Sutra. Antara minyak pati yang digunakan seperti Lavender, Lemon, Serai, Kayu Putih dan pelbagai lagi yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan bauan yang amat menyenangkan.

  1. Mengatasi Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar

Merendam kaki dalam air suam campur garam dapat menyingkirkan kulit mati. Sehingga memberi kesan pada kulit kaki yang lebih segar. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasi dengan terapi ini. Akan tetapi sebagai tambahan gunakan juga minyak zaitun. Manfaat minyak zaitun yang terkandung didalamnya dapat menghaluskan kulit sehingga kulit terhindar dari pecah-pecah dan kulit kasar.

      3.Mengatasi Flu, Meriang, dan Batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan merendam kaki dalam air suam campur garam. Peluh yang dihasilkan semasa proses perendaman membuat tubuh menjadi  lebih segar dan sakit berkurang.

4. Melegakan Sakit Tekak

Selain flu, rendam kaki dengan air panas suam  bercampur garam juga bermanfaat sebagai pelega kepada masalah sakit tekak.

5. Untuk Relaksasi

Ini yang sudah pasti. Baik berendam di air suam atau air suam bercampur garam aromaterapi memiliki efek serupa. Untuk hal serupa,wangian minyak pati aromaterapi yang dititiskan dalam garam  dapat membuat tubuh menjadi lebih santai,  baik untuk kesehatan dan juga kecantikan lebih terpancar.

6. Peredaran Darah Jadi Lancar

Air suam yang dicampur dengan garam juga bermanfaat untuk melancarkan aliran darah. Bukan sahaja hanya air suam bercampur garam, tetapi juga air suam biasa.

7. Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang bersarang di kaki

Segala jenis kuman dan bakteria penyebab kaki berbau dan kasar dapat diatasi dengan merendam kaki menggunakan air suam bercampur garam aromaterapi.

Bagaimana Sediakan Rendaman Kaki dan Badan?

Untuk Penggunaan rendaman badan, gunakan air suam dan di samping itu tambahkan 2 sudu garam mandian pilihan anda. Kemudian rendam lebih kurang 20 minit dan bilas.

Untuk mereka yang nak gunakan untuk rendaman kaki, tambah satu sudu garam mandian pilihan anda bagi setiap 4-5L air suam dan kacau perlahan-lahan sampai garam tu larut. Selepas tu rendam kaki anda lebih kurang dalam 10 minit dan bilas. Rendam kaki anda sekurang-kurangnya sepuluh minit – atau lebih lama untuk melembutkan kulit keras dan retak.